Trade-in Emas Kepada Public Gold, Minimumkan Kerugian

Ramai yang pernah tertipu dengan SKIM pelaburan emas tanya saya, apa nak buat dengan emas yang ada tu? Dulu company janji pulangan tetap secara bulanan, tapi sekarang company dah tutup diserbu Bank Negara. Walaupun emas tu dibeli pada harga 15% – 20% lebih tinggi daripada harga pasaran waktu tu, tapi dia masih bernasib baik sebab emas masih ada di tangan. Ada orang yang tak sempat pun dapat emas tu. Emas tak dapat, duit pun lesap.

Bagi yang ada gold bar yang senasib macam Genneva, anda boleh trade in emas tu kepada emas Public Gold melalui Promosi X-Plan. Ia lebih untung berbanding jual di kedai emas sebab kedai emas akan potong 25% daripada harga semasa. Sebagai perbandingan, boleh rujuk kira-kira yang saya buat di bawah ni:

  1. Jual di Kedai Emas
  2. Trade-In Dan Simpan
  3. Trade-In Dan Jual
  4. Trade-in Dan Jadi Dealer

Untuk illustrasi ni, saya buat kiraaan untuk trade-in gold bar 999.9 keluaran Genneva, berat 100 gram kepada emas Public Gold. Harganya mengikut harga semasa kedai emas dan emas Public Gold pada 7 September 2013.

harga kedai emas 7 September 2013

harga emas public gold 7 september 2013Harga rujukan untuk pengiraan dalam illustrasi ini.

#1 – Jual Gold Bar di Kedai Emas

Kalau jual di kedai emas, gold bar tu akan kira sebagai used gold (emas terpakai). Kedai emas akan tolak 25% dari harga semasa. Harga hari ni, RM180 segram. Maksudnya, anda dapat jual gold bar tu pada harga RM135 per gram i.e. RM180 x (100% – 25%).

Maka anda dapat tunai RM13,500 (RM135 x 100 gram)

#2 – Trade-In dan Simpan

Kalau trade-in gold bar 999 jenama lain kepada Public Gold,  emas tu akan dinilai pada harga “PG Buy” gold bar Public Gold 10 gram. Harga sekarang ni ialah RM147.60 segram. Jadi, anda akan dibayar dengan voucher RM14,760 (RM147.60 x 100 gram). Dengan voucher tu, anda boleh beli mana-mana emas Public Gold pada harga “PG Sell”.

Katakanlah anda gunakan voucher tu untuk beli 1 dinar (RM648) x 23 keping = RM14,904. Anda cuma perlu top-up sikit RM144.

Maka anda dapat 23 keping 1 dinar (Voucher RM14,760 + kena top-up tunai RM144)

#3 – Trade-In dan Jual

Kalau anda nak jual emas tu, jangan terus jual sebab Public Gold pun akan tolak 25% dari harga semasa. Jadi kalau nak dapat harga tinggi, trade-in dulu, lepas tu terus jual. Gunakan Voucher RM14,760 tu untuk beli item emas Public Gold yang susut nilai paling rendah. Saya ulang lagi sekali, pilih item yang susut nilai paling rendah sebab anda nak dapat harga tertinggi bila jual balik nanti.

Antara item yang boleh anda pertimbangkan ialah kombinasi:

  • Coin 10 dinar (RM6,420) x 2 keping = RM12,840
  • Coin 1 dinar (RM640) x 3 keping = RM1,944
  • Jumlah = RM14,784

Maksudnya, anda perlu top-up RM24 (RM14,784 jumlah belian – RM14,760 voucher) untuk belian tersebut.

Lepas trade-in, anda boleh terus jual. Harga jualan rujuk pada harga “PG Buy”. Pengiraannya:

  • Coin 10 dinar (RM6,099) x 2 keping = RM12,198
  • Coin 1 dinar (RM609) x 3 keping = RM1,827
  • Jumlah jualan balik = RM14,025
  • Jumlah tunai = RM14,001 (RM14,025 – top up RM24)

Maka, anda dapat tunai RM14,001.

#4 – Trade-in Dan Jadi Dealer

Kalau anda trade-in bernilai lebih RM20,000, maka anda automatik jadi dealer Public Gold. Kalau trade in cuma RM14,760, anda boleh top-up belian sampai cukup RM20,000.

Sebagai dealer Public Gold, anda dapat rebat dan komisyen seperti berikut:

  • Rebat belian sendiri 1.0%
  • Rebat jual balik emas kepada Public Gold 0.5%
  • Komisyen recommend orang lain membeli dengan Public Gold 1.0%

Jadi, bila anda jadi dealer Public Gold, anda akan dapat nilai yang lebih tinggi kalau Trade-in dan Jual sebagaimana Pilihan #3. Nilai tunai yang anda akan dapat seperti berikut:

RM14,001 + RM148 (1% rebat belian) + RM70 (0.5% rebat jualan balik) = RM14,219

Maka, anda dapat nilai tunai RM14,219.

Rebat dan komisyen 1.0% tu adalah kelayakan jika jumlah trade-in dan belian semula cukup RM20,000. Kalau cukup RM100,000, anda layak dapat 1.5%. Kalau RM1,000,000, anda layak dapat 2.0%. Komisyen dan rebat tu dibayar oleh Public Gold untuk belian trade-in tu, dan belian-belian seterusnya. Duit tu akan dibayar pada setiap 20hb bulan berikutnya.

Ok, antara 4 pilihan tu, bagi saya, pilihan #4 tu yang terbaik sebab anda boleh manfaatkan posisi sebagai delaer emas Public Gold untuk menjana lebih banyak keuntungan sebab ada 6 kelebihan dealer Public Gold yang aktif. Kalau anda tak cukup modal untuk jadi dealer Public Gold, maka Pilihan #3 (Trade-in Dan Jual) adalah lebih baik berbanding jual gold bar tu di kedai emas.

Mudah-mudahan perkongsian ni membantu anda meminimumkan kerugian dan seterusnya menjana keuntungan, insyaAllah.

Wallahu a’lam

Zulkifli
Damansara Damai
7 September 2013
2 Zulkaedah 1434

Catatan : Pengiraan di atas mungkin tak lagi relevan jika Public Gold mengubah struktur komisyen untuk dealer. Sila cek struktur komisyen dealer terkini.

20 Comments

  1. Syukur. Tuan dah membuka jln utk saya membantu rakan yg ‘terkena’ beli emas guna kaedah ArRahnu. Moga Allah meredhoi niat baik ini. Amin.

  2. Assalam tuan,

    Terima kasih atas perkongsian tuan dalam artikel ini.
    Cuma, apa pendapat tuan mengenai pelaburan emas yang manjanjikan pulangan bulanan seperti Amsyiq Gold dan Pegasus Gold Bullian?

    Bunyinya menarik, tetapi adakah ia sah dari segi undang-undang dan syariah?

    Harap tuan dapat berkongsi pandangan tuan. Terima kasih.

    Yang benar,
    Hafiz

    1. Wslm En. Hafiz,

      Pelaburan emas sebenar ialah macam beli barang kemas jer. Beli emas dapat emas. Emas tu kita simpanan sendiri. Kalau yang menjanjikan pulangan tetap, itu SKIM pelaburan yang menggunakan emas yang sangat menarik minat Bank Negara.

      Kesemua syarikat yang diserbu BNM tahun lepas mempunyai ciri:

      1. Deposit taking – duit kita diambil tanpa dapat emas atas pelbagai helah. Beli emas tapi cuma dapat kertas je.

      2. Menjanjikan pulangan tetap yang lumayan.

      Itu dari perspektif pelaburan & kewangan. Dari segi kepatuhan syariah tu memang jauh sekali. Jauhkan dari dari terlibat dengan mana-mana skim yang ada ciri diatas atau bersiap sedia; bukan sahaja emas tak dapat, tapi duit pun lesap.

      Wallahu a’lam.

  3. Memang kene selalu berhati-hati bila nak pilih company yang buat pelaburan Emas nih. Bila jadi macam ni memang leceh la ckit. Tapi xper , EMAS tetap EMAS
    X kan bertukar jadi kertas kan ? Congrats & Thanks to Public Gold yg buat
    servis trade in Emas tu,banyak membantu orang ramai.

  4. as salam..tuan..saya ada 300g rantai tgn gajah emas 999….boleh tak saya buat kaedah sepertu di atas…sbb saya nak bt full settlement personal loan. dulu saya beli emas ni dgn harga rm156/g dgn syarikat yg skrg ni dah xwujud…

    1. Wslm Pn. Nurul,

      Untuk barang kemas saya tak pasti. Puan buat kira-kira dulu berapa puan boleh dapat kalau trade-in dengan Public Gold. Lepas tu tanya di kedai emas, berapa dia sanggup ambil. Pilih nilai tertinggi.

      Wallahu a’lam.

      1. Saya telah tanya PB harga untuk harga rantai gajah 999.0
        Pada waktu itu harga tertera 10 Gram Goldbar PG SELL = RM1499 PG BUY = RM1379
        PG membeli rantai gajah dengan harga RM1223 untuk 10 gram

  5. Salam bro zul…
    Sy ni bminat nk bli emas but secara kecil2an ie 1 grm setiap bln…tp sy tgk p gold xde pun cadangan mcm tu (p gold mmg xde 1 grm kan…), semua cth main ribu2 dn puluh ribu…malu plak golongan mcm sy ni nk tny soalan pd en zul….

    1. Wslm En. Azman,

      Kalau bajet dalam 1 gram, saya syorkan beli coin 1 dinar secara ansuran (EPP). Coin 1 dinar jauh lebih baik daripada emas 1 gram yang ada di pasaran sebab (1) harga per gram lebih murah, (2) susut nilai jauh lebih rendah dan (3) untung jauh lebih baik. Saya syorkan En. Azman mulakan dengan coin 1 dinar. Atau boleh mula beli coin 10 dirham Public Gold. Harga tak sampai RM100 pun sekarang ni.

  6. Assalamualaikum,
    Maaf saya mganggu dgn pertanyaan saya ini.
    Saya berminat utk memulakan pelaburan emas bersama Public Gold.
    Saya jg mahu En. Zulkifli menjadi introducer utk saya nanti.
    Saya mempunyai rantai tangan putera dan wktu itu saya beli dgn harga rm125/g. Soalan saya, bolehkah saya trade in rantai tgn putera ini pd Public Gold? dan seandainya boleh, saya mahu mgunakan voucher yg ada utk membeli dlm bentuk coin 1 dinar. Bagaimana pendapat En. Zulkifli?
    Terimakasih . Maaf mengganggu pd waktu2 begini.

    1. Wslm Pn. Suraya,

      1. Boleh letak nama saya sebagai introducer. Kod PG002369, Mohd Zulkifli Shafie. Puan boleh contact saya bila-bila masa kalau ada apa-apa persoalan tentang pembelian emas 019-336 8009 (wassap, sms, call).

      2. Boleh trade in emas tu kepada Public Gold untuk beli 1 dinar.

      Tak apa puan.

  7. Assalam….sy tggl d sabah dan PG ni adalah perkara paling baharu dlm hdp sy…
    1..bolehkah sy jadikan tuan sbg introducer sy
    2..yang mana lbh baik..simpan sendiri atau simpan emas dlm PG shj
    trm kasih

  8. Salam,

    Terbaca artikel Tuan tentang PG.Sedikit pencerahan apa nak buat dengan Ketul Emas yang disimpan akibat musibah TERTIPU.Mungkin kita boleh bincang nak buat apa dengan Ketul tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *