Public Gold Jual Beli Emas Tanpa Lesen BNM?
Terkejut bila saya dapat makluman pembeli emas nak cancel order sebab bila dia call Bank Negara Malaysia (BNM), katanya hanya bank sahaja mendapat kebenaran (lesen) menjalankan aktiviti pelaburan emas. Katanya lagi, pegawai BNM nasihatkan melabur hanya dengan pihak bank.
Saya rasa agak confius sebab dulu BNM pernah membuat penelitian tentang operasi Public Gold dan mengesahkan ia menjalankan urusniaga jual beli emas secara tulen. Pada tanggapan saya, mungkin pegawai BNM tu tak ada knowledge pasal Public Gold dan terus nasihatkan pembeli emas tu melabur dengan bank jer sebagai jalan selamat.
Salah Faham Penjelasan BNM
Untuk buat pengesahan atas dakwaan tu, saya terus call BNM di talian 1-300-885465. Jawapan pegawai BNM tu memang betul, hanya bank sahaja diberikan lesen menjalankan aktiviti “pelaburan” emas. Yang lain tu semuanya tak ada lesen! Saya tanya balik pegawai tu, Public Gold mana mana? Jawab beliau, ooo… Encik kena faham, kalau macam Poh Kong, Habib Jewel, dan Public Gold tu dia cuma buat jual beli emas jer. Bezanya Public Gold keluarkan emas bentuk jongkong dan syiling. Dia tak tawarkan pelaburan emas macam Genneva yang BNM serbu hari tu…
Hah… Nampaknya memang pembeli tu dah tersilap faham. “Pelaburan” dalam konteks BNM ialah kita bagi duit, dan duit kita diuruskan oleh syarikat atau sesuatu badan dan pelabur akan diberikan pulangan macam Genneva bagi hibah kepada pelaburnya. Kalau macam Public Gold, ia tak dinamakan “pelaburan” sebab ia tak melibatkan ‘deposit taking’. Kita hulur duit, Public Gold hulur emas. Kita hulur emas, Public Gold hulur duit. Ia cuma TRADING (jual beli). Tak ada jaminan pulangan atas PELABURAN dijanjikan. Jual beli emas macam tu tak perlu lesen dari BNM. Cuma bagi orang biasa, kita selalu sebut ianya sebagai “pelaburan” supaya orang mudah faham. Tapi dari sudut undang-undang, ia tak dianggap sebagai “pelaburan”, tapi “jual beli”. Bila sebut pelaburan, maka ia akan ‘trigger’ BNM, Suruhanjaya Sekuriti dsb…
Penjelasan Dato’ Louis Ng, Pengasas Public Gold tentang isu lesen.
Emas Fizikal vs Akaun Emas Bank
Sebagaimana yang saya pernah explain sebelum ni dalam artikel “Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal“, pelaburan emas fizikal macam Public Gold ni sebenarnya sangat rendah risiko sebab emas kita pegang sendiri. Banyak mana pun harga emas jatuh, emas tu ada di tangan kita. Ia tetap emas dan ia tetap tulen! Berbanding pelaburan emas di bank yang kebanyakkanya tak dapat keluarkan emas fizikal, saya rasa menyimpan emas Public Gold jauh lebih peace of mind. Itu belum kira isu kepatuhan akaun pelaburan emas di bank pada syariah.
Kalau sahabat nak beli juga emas di bank, saya syorkan beli samada emas fizikal Kuwait Finance House (KFH), Kijang Emas Maybank, ataupun emas fizikal di UOB Bank jer. Ada satu lagi iaitu Al-Rajhi Bank, tapi saya tak syorkan sebab harganya mahal & susut nilainya tinggi – lambat untung. Cuma kena ingat, kebanyakkan emas fizikal yang dibeli di bank ni tak boleh dipajak sebab ia berseal!
Wallahu a’lam.
Zulkifli
Damansara Damai
8 Januari 2013
25 Safar 1434
Artikel berkaitan:
- 10 Kesilapan Pelabur Emas!
- Public Gold Terkeluar “Alert List” BNM!
- 5 Kriteria Penting Memilih Emas Pelaburan
- Jual Beli Emas Secara Tertangguh, Apa Hukumnya?
- Perbandingan Susut Nilai Emas di Malaysia
- 5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!
- Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal
- Senarai Artikel Terbaik Pelaburan Emas
- eBook Percuma: 5 Minit Preview Tentang Emas! (pdf)
Assalam..
Terima kasih En. Zul atas info yang bermanfaat di blog ini. Saya mula mengikuti blog tuan ketika PG termasuk dalam BNM alert list di dalam akhbar. Alhamdulillah PG telahpun dikeluarkan dari alert list BNM. Saya kembali yakin dengan produk PG. Sepatutnya tidak timbul isu mengenai lesen, permit, kebenaran etc; daripada BNM/SC. PG adalah platform jual beli emas yang terbaik selain emas fizikal di bank lantaran kesukaran untuk mendapatkannya. Margin spread PG agak berpatutan bagi memaksimakan keuntungan portfolio penyimpan, pelabur dan peniaga emas, berbanding kedai emas biasa. Apa-apa pun berbalik kepada ilmu yang dipelajari. Semakin tinggi pengetahuan maka semakin yakinlah untuk kita bertindak dan seterusnya beroleh pengalaman. InsyaAllah.
Wslm En. Omar,
Terima kasih berziarah ke blog sedanya ni. Moga bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian tentang keyakinan tuan terhadap Public Gold sebagai platform terbaik pelaburan emas di Malaysia. Memang itulah yang saya nampak dan menjadikan tanggungjawab kita bagi kesedaran kepada orang ramai. Moga Allah merahmati tuan atas perkongsian yang baik ni. Amiin…
Aminn..Baru saya faham bahawa ‘lesen’ yang dimaksudkan oleh BNM ialah lesen untuk mengendalikan paper gold (akaun pelaburan emas)seperti GIA, Gold Saving Passbook etc; PG tidak terlibat dengan paper gold apatah lagi skim yang menjanjikan dividen bulanan atau tahunan. Urusniaga PG hanya melibatkan emas fizikal sahaja. Ramai yang keliru ni.
Memang betul. Ramai yang keliru pasal ni…
Zul knp harga emas semakin teruk Dan terus merudum sudah hampir 2 tahun , xde tanda2 ia akan naik harga ,,lagi satu knp public gold syaratkan dealer daftar syarikat untuk berurusan , susah la cam 2..
Harga emas memang belum lepasi harga tertinggi September 2011. Maksudnya, dah setahun lebih tak naik. Kalau tahun 2012, harga emas naik turun sebab krisis hutang negara eropah. Seminggu dua ni harga emas turun naik sebab unemployment rate. Tapi harga emas pasti akan terus naik berkadar terus dengan kuasa beli emas tu.
Untuk jadi dealer tak disyaratkan daftar syarikat. Itu rumours. Hanya mereka yang level Master Dealer sahaja “disarankan” (bukan diwajibkan) daftar syarikat.
Wallahu a’lam.
Salam En. ZuL :
“kebanyakkan emas fizikal yang dibeli di bank ni tak boleh dipajak sebab ia berseal”..
Emas fizikal PG bleh dipajak kat bank mane ek? sy nak tahu gak tu.
Wslm tuan,
Hanya bank yang ada Ar-Rahnu sahaja terima pajakan emas. Cuma mulai pertengahan tahun 2011, semua ar-rahnu dibawah pengurusan bank hanya emas dalam bantuk barang kemas sahaja.
Untuk emas berbentuk dinar, syiling atau gold bar, boleh pajak di ar-rahnu private & di bawah pengurusan koperasi macam Ar-Rahnu KT (Koperasi Tentera), Ar-Rahnu Express (under Habib Jewel), Ar-Rahnu KPMJ (Johor) dan banyak lagi ar-rahnu di bawah kerajaan negeri.
Wallahu a’lam.
Salam en zul, bagaimana pula dengan jual beli emas oleh syarikat asing di malaysia, adakah mereka perlu lesen jual beli?
Wslm tuan,
Apa yang saya tahu, lesen jual beli emas memang tak diperlukan. Syarikat tu kena register dengan Suruhanjaya Syarikat jer untuk urusan bisnes di Malaysia.
Wallahu a’lam.
apa pandangan en.zul kalu kita beli pg dgn orang perseorangan. mcm mn nk tahu ketulinan emas tu.
Biasanya ia lebih menguntungkan sebab boleh dapat harga lebih rendah dari web. Sebelum ni belum ada masalah ketulenan, cuma kena cek condition emas tu. Pastikan tak ada kesan calar, bengkok, kemek dsb. Dan pastikan warna dia warna emas, bukan warna tembaga sebab pernah ada kes penjual individu kurangkan berat emas dengan asid dsb.
Paling penting, kena semak kredibiliti penjual sebelum membeli. Wallahu a’lam.
Slm… en zul… sy nk kpastian adakah powergold skrng dh diakui oleh bnm ??
Wslm Pn Ija,
Kena cek dengan ejen Power Gold sendiri kalau nak kepastian. Tapi yang saya tahu, nama Amethyst Gold (jenama emas yang dijual Power Gold) masih tersenarai dalam Alert List BNM hinggi kini. Boleh semak di http://www.bnm.gov.my/documents/2015/20150225_FCA_EN.pdf .
Wallahu a’lam.
Salam Tuan,
Terima kasih atas artikel yang Tuan kongsikan di atas. Sedikit persoalan tentang Public Gold dan BNM. Bagaimana pula urusan pembelian emas secara GAP? Adakah ia dikira sebagai “deposit taking” yang dikawal oleh BNM? Ini penting sebab tak ramai orang awam yang tak tahu tentang GAP dan mereka takut-takut GAP ini seperti skim mengambilan deposit yang tidak mendapat kelulusan BNM.
Terima kasih.
Wslm En. Qusoiri,
GAP bukan deposit taking. Lepas beli, kita boleh keluarkan emas tu bila-bila masa. Ia hanya OPTION bagi sesiapa yang nak Public Gold simpankan emas mereka.