Memupuk Tabiat Orang Kaya Dengan Emas

Ada seorang pembaca blog ini hubungi saya, beliau mula membeli emas selepas membaca blog saya ini. Bila sudah bermula, dia jadi ‘ketagih’ membeli emas. Disebabkan ketagihan menyimpan emas, sedar-sedar sudah RM38,000 duitnya sudah ditukar kepada emas dalam tempoh 7 bulan! MasyaAllah, itu ketagihan yang baik. Ia berbeza dengan ketagih berbelanja, sedar-sedar bank telefon sebab bil-bil kad kredit sudahpun berbulan-bulan tertunggak.

Untuk membina kekayaan, antara kerja keras yang perlu kita usahakan bukan sekadar mencari pelaburan yang ROI-nya (Return on Investment) paling tinggi, tetapi membentuk TABIAT DAN SIKAP kita terhadap wang. Kalau jumpa pelaburan ROI tertinggi sekali pun, ia tak akan kaya membuatkan kita kaya selagi tabiat dan sikap masih lagi tidak berubah.

Bukan Sebab Bijak, Tetapi Tabiat

Tabiat orang kaya-kaya ialah MENGUMPUL HARTA. Mereka puas bila harta bertambah. Mereka membeli, membeli dan terus membeli harta. Kekayaan mereka makin lama makin bertambah. Tetapi ia berbeza dengan orang kebanyakkan.

Tabiat orang kebanyakkan ialah BERBELANJA dan menambah hutang semaksimum yang mana boleh. Kepuasan mereka ialah dengan berbelanja walaupun pendek kata, semuanya sudah ada belaka. Contohnya, kereta sudah ada dan masih berfungsi dengan baik pun nak ditukar baharu.

Dalam membuat pelaburan, mereka mungkin lebih bijak dari orang kaya. Tetapi bila melabur, mereka dah siap-siap fikir, ke manakah wang itu akan DIBELANJAKAN bila dapat untung dalam pelaburan nanti. Jadi untung banyak mana pun, kekayaan mereka akhirnya bocor juga…

Kesan Emosi Penyimpan Emas

Untuk kaya, kita sebenarnya tak perlu secerdik rocket scientist, tetapi cukup dengan memperbetulkan tabiat sebagaimana tabiat orang kaya-kaya. Salah satu cara memupuk tabiat orang kaya yang boleh saya sarankan ialah mula menjadikan emas sebagai salah satu bentuk simpanan jangka panjang.

Kalau kita perhati, walaupun harga emas naik banyak sekalipun, ‘masalah’ ramai penyimpan emas ialah rasa “sayang nak jual”. Emas mempunyai kesan emosi kepada penyimpannya, ia berbeza dengan menyimpan duit kertas.

koleksi public gold gold bar dinarEmas memberikan kesan emosi positif kepada penyimpannya.

Perasaan “sayang nak jual” membuatkan kekayaan kita bertahan dan terus bertambah. Mungkin cara saya tak sesuai untuk orang lain, tetapi saya terus membeli, membeli, dan membeli emas sejak 2010 tanpa pernah menjualnya. Saya fikir, saya hanya akan jual samada; (1) terdesak nak pakai duit seadangkan duit lain sudah habis, atau (2) tukar kepada aset fizikal lain seperti membeli rumah, tanah dsb. Bukan untuk “ambil untung”.

Bukan ROI Membuatkan Kita Kaya

Kekadang kita mencari pelaburan yang paling tinggi ROI-nya. Tetapi kerugian lebih besar kewangan kita (termasuk saya juga) bukan disebabkan ROI negatif, tetapi duit bocor disebabkan desakan EMOSI yang kuat untuk berbelanja bila ‘ada duit’. Selagi ada duit, emosi kita terganggu. Bila duit dah habis baru rasa lega… Betul tak? 🙂

Kalau itu masalahnya, mungkin emas adalah ubatnya… Rasa lega duit habis membeli emas tak apa sebab emas itu ‘duit’ juga, tetapi dalam bentuk berbeza… Bak kata seorang follower Facebook saya, emas bukan sekadar kalis inflasi, tetapi emas juga kalis boros! 🙂

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
28 Oktober 2015
15 Muharram 1437H

(Kredit foto : pjtaccountants, Tuan Haji Wazir)

29 Comments

  1. Saya salah seorang yang terjumpa blog ini dan buat kajian selama 2 tahun berkenaan emas public gold. Skrg saya membeli emas secara berdikit2 untuk masa depan. terima kasih en zul atas ilmu emas yang diberikan.

  2. Setuju!!! Pengalaman saya sendiri. Sahabat baik telah menyarankan agar membeli emas (gold bar) untuk elakkan duit cash habis. Saya tak caya dan anggap kawan sengaja promote supaya dia dapat komisyen kalau saya beli gold bar tu. Selepas beberapa bulan saya mula akui bahawa duit cash ni memang cepat ja habis (saya la tangan panas) sebab ada ja benda nak beli. Mentang-mentang ada duit lebih sikit ada ja nak dibeli sampai lupa yang gunung tu kalo hari-hari kena tarah jadi rata lah dia. Dengan baki duit yang sedikit tu saya akhirnya beli gold bar dari kawan saya tu (dealer public gold). Rasa seronok pulak kerana beberapa bulan berikutnya boleh rasa perbezaannya. Sebelum tu 5-6k sekejap ja habis tapi lepas convert cash to gold bar, selamatlah duit cash tu. Dah lah tu ja yang ada alhamdulillah… Sehingga kini saya masih mengumpul gold bar. Tak banyak namun sekurang-kurangnya saya buat walaupun setakat 1 gram. Alhamdulillah. Simpanlah emas untuk elak kebocoran wang. Insyaallah…

  3. alhamdulilah, setakat ni tak pernah lagi jual… saya simpan je… dan tambah sikit sikit…. kalau keadaan memerlukan saya jual balik gold bar tu, saya jual.

    tapi bukan sekarang masa nya.

    hehehe

  4. Assalamualaikum Encik Zul ,

    Alhamdulillah ..saya dipilih Allah bersama2 insan2 lain utk celik ttg emas.
    dan Alhamdulillah …anak2 saya saya terapkan simpan emas berbanding simpan duit . skrg ni mrk kalau tgk tabung mrk dah nak penuh…mrk akan kata nak ke Public Gold…tukar duit jadi emas. Emas tu kakak punya . bukan org bank punya.

    Seronok tgk mrk seronok!!

    Semoga simpanan emas berdikit2 mereka itu dapat menjadi banyak bila mrk dewasa kelak . Emas kalis inflasi , semakin seronok utk membeli !

  5. saya baru dapat website tuan masa saya baca buku…mudah nya menyemput rezeki…saya berminat nak beli emas dgn tuan…tapi tak tau cara nya…boleh tuan bantu saya…

  6. Sejak terjumpa Dan terbaca blog ni,saya mula berminat menjadikan emas Sebagai simpanan jangka masa panjang.

  7. Alhamdulillah saya dah mula dah buat simpanan emas sejak daripada gaji saya yang pertama. Memandangkan saya baru berkerja, jadi tidak la banyak simpanannya. Tapi tabiat itu yang saya cuba terapkan iaitu membeli emas pada setiap bulan.

    Menyentuh mengenai entri pula,

    Betul apa yang Tuan cakap mengenai rasa “sayang” nak jual emas. Macam mana susah pun, emas tu saya tak nak jual sebab rasa rugi. hehe

  8. Alhamdullilah… jupe blog ni dah lama…semua enti blog ni saya dah bca… n, ada enti yg berulang2 saya bca…ambik masa juga nak menyimpan emas, tp dengan perkongsian ilmu dlm blog en zul ni, saya dah mula menyimpan sejak 3 bulan lalu dgn kaedah GAP… now dah rasa ketagih plak… tggu gaji 25hb dan side income setiap bulan bukan lg utk byr hutang tp tak sabar nak tukar rm200 kepada emas….tq en zul, atas kewujudan blog dan sentiasa reply wasap2 saya… ” 😉 cik nugee”….

  9. assalamualaikum,
    tuan,
    alhamdulillah saya terjumpa blog tuan mengenai emas,terus rasa macam nk menyimpan jugak.boleh tak tuan terangkan dengan lebih detail untuk saving melalui emas.

    untuk pengetahuan tuan,setiap bulan saya target akan simpan 1000-1500 sebulan dan jika ada lebihan saya gemar untuk membeli barang kemas tetapi tak pernah terpikir untuk simpan melalui emas.bagaimana caranya.boleh kah tuan membantu.

    terima kasih atas bantuan yang diberikan.semoga allah memurahkan rezeki tuan sekeluarga.

    salam.

    1. Wslm Cik Farah,

      InsyaAllah saya boleh guide.

      Kalau dengan bajet tu, saya boleh syorkan beli 1 dinar x 2 keping setiap bulan.

      Cik Farah boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide cara membuat pembelian. InsyaAllah.

  10. as salam en zul..sy nak bertanya sikit berkaitan dengan zakat emas..emas yang telah cukup 85 gm dlm tmpoh 1 tahun wajib dibayar zakat sebanyak 2.5% dari nilai emas. maksudnya emas tu secara fizikal sahaja ke?mcm mana pula emas yang di dalam acc GAP? adakah ia termasuk emas yang dikenakan zakat emas..t.kasih..

  11. tumpang tanya. powergold tu apa beza dgn publicgold? skrg byk btol company jual emas n ssh nk make sure mana yg reliable. tq

  12. terima kasih untuk ilmu yg banyak tuan telah curahkn dlm blog ini.. saya mohon untuk mengunakn article2 dlm blog ini untuk mendidik kenalan2 saya ttg emas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *